Featured-Content

6:25 PM 0 comments

maulid Nabi

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدالله رب العالمين و الصلاة و السلام على سيد الخلق أجمعين سيدنا محمد المبعوث رحمة للعالمين,و على آله و أصحابه الطاهرين و أما بعد:

Muqaddimah
Di antara sebesar-besar nikmat Allah taala yang dianugerahkan kepada seluruh makhluknya di muka bumi ini ialah dengan diutuskan Baginda sallallahu alaihi wasallam.Kelahiran baginda sallallahu alaihi wasallam merupakan satu rahmat kepada seluruh alam.Firman Allah subhanahu wa taala di dalam surah al-Anbiya’:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ (107)
Maksudnya: Tidaklah kami utuskan kamu (wahai Muhammad sallallahu alaihi wasallam)melainkan ianya merupakan rahmat kepada seluruh alam.
Diantara cara untuk menunjukkan bahawa kita cinta dan rindukan baginda sallallahu alaihi wasallam ialah dengan kita menyambut hari kelahiran baginda sallallahu alaihi wasallam.Menurut Doktor Umar Abdullah Kamil ,salah seorang ulama besar bermazhab syafie:
“Sesungguhnya majlis menyambut kelahiran baginda sallallahu alaihi wasallam merupakan salah satu daripada cara-cara pendekatan diri kita kepada Allah subhanahu wa taala.Ini kerana di dalam majlis-majlis sebegini dipenuhi dengan selawat ke atas junjungan besar Muhammad sallallahu alaihi wasallam,berzikir ,membaca al-Quran dan lain-lain jenis ibadat” .
Perbahasan yang ingin kita utarakan di dalam ringkasan kecil ini bukanlah untuk menceritakan secara terperinci berkenaan tarikh kelahiran baginda sallallahu alaihi wasallam dan perkara berkaitan dengannya kerana ianya boleh kita dapatkan di dalam kitab-kitab sirah nabawiyah yang ditulis oleh para ulama terkemuka.Penulis cuma ingin membincang sejauh mana perbahasan para ulama berkaitan keharusan kita menyambut Maulid Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Moga-moga penulisan ini dapat memberikan kepada kita gambaran secara ringkas berkenaan sambutan Maulid Nabi sallallahu alaihi wasallam ini.Semoga Allah taala menerima penulisan ini sebagai bekalan untuk menujuNya dan sebagai bukti kecintaan kita kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam.
BILAKAH BERMULANYA SAMBUTAN MAULID NABI DILAKSANAKAN?
Al-Imam al-Suyuti rahimahullahu taala menyebutkan bahawa sambutan Maulid Nabi ini dimulakan oleh الملك المظفر أبو سعيد كوكبري بن زين الدين على بن بكتكين salah seorang raja yang sangat pemurah dan adil.Beliau juga menukilkan kalam al-Imam Ibn Kathir rahimahullah yang memuji raja tersebut dengan mengatakan bahawa raja tersebut seorang yang sangat adil,alim ,gagah dan beliau melaksanakan Maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal dengan sambutan yang sangat meriah .
ADAKAH KITA WAJIB MENYAMBUTNYA?
Tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan oleh golongan yang menganggap sambutan Maulid ini sering kita dengari saban tahun. Dikatakan bahawa setiap kali sambutan sebegini disambut pasti berlakunya percampuran di antara lelaki dan wanita dan pelbagai lagi perkara kemungkaran yang berlaku.Mereka juga mengatakan bahawa golongan yang menyambut Maulid ini seolah-olah menganggap ianya seperti sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.Di sini penulis ini menukilkan secara rawak kalam daripada salah seorang ulama besar iaitu al-Syeikh al-Sayyid Abu Hasanain Abdullah al-Husaini al-Makki al-Hasyimi rahimahullah:

"إن يوم مولد سيدنا محمد صلى الله عليه و سلم ليس بعيد و لا نعتبره عيداً لأنه أكبر من العيد و أعظم و أشرف منه.إن العيد لا يعود إلا مرة واحدة في السنة , و أما الاحتفال بمولده صلى الله عليه و سلم و الاعتناءُ بذكره وسيرته يجب أن يكون دائما لا يتقيد بزمان ولا مكان.فمن أطلق عليه اسم العيد فهو جاهل,وهو لا يقع إلا من العوام وهم لا يقصدون به العيد الشرعى المعروف عند الإطلاق,و إنما هذا جرياً على عادة الناس في تعبيرهم عن الفرح و السرور بكل عزيز بقولهم هذا يوم عيد...و قدومكم عيد...و لقائكم عيد .." انتهى بالاختصار
Maksudnya: Sesungguhnya sambutan Maulidurrasul tersebut bukanlah merupakan satu perayaan dan kami sendiri tidak mengatakan bahawa ianya merupakan hari raya.Ini kerana ianya lebih besar, lebih agung, dan lebih mulia daripada hari raya itu sendiri. Hari Raya tidak akan kita sambut melainkan setahun sekali sahaja.Tetapi Maulidurrasul ini dan mengambil perhatian tentang Baginda sallallahu alaihi wasallam serta sirahnya merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan sepenjang masa bukan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja.Sesiapa yang mengatakan bahawa ianya merupakan hari raya( yang patut disambut setahun sekali sahaja) maka mereka merupakan orang-orang yang jahil.Ini tidak berlaku(menyebutkan bahawa maulidurrasul adalah hari raya) melainkan kepada orang-orang biasa (awam) dan golongan ini tidaklah bermaksud bahawa sambutan ini merupakan hari raya yang dimaksudkan oleh Syarak.Ini tidak lain hanya merupakan adat bagi manusia ,jika hari tersebut hari yang menggembirakan dan menyeronokkan maka mereka menamakan hari tersebut sebagai hari raya.”

Beliau menyebutkan lagi di dalam kitab yang sama:
"و معلوم أنه ليس عندنا في الإسلام إلا عيدان الفطر و الأضحى,لكن يوم المولد أكبر و أعظم من العيد و إن كنّا لا نسميه عيدا,فهو الذي جاء بالأعياد و الأفراح, و من حسناته كل الأيام العظيمة في الإسلام , فلولا مولده صلى الله عليه وسلم ما كانت البعثة ,ولا نزول القرآن ,ولا الإسراء و المعراج ,ولا الهجرة, و لا النصر في بدر , ولا الفتح الأعظم ,لأن كل ذلك متعلق به صلى الله عليه و سلم و بمولده الذي هو أبو تلك الخيرات العظيمة"
Maksudnya: Sudah jelas lagi bersuluh,di dalam Islam tiada lagi perayaan yang lain selain dua perayaan iaitu hari raya aidil fitri dan aidil adha.Tetapi hari Maulidurrasul ini merupakan hari yang lebih besar dan agung daripada kesua hari raya tersebut walaupun kita tidak menamakannya sebagai hari raya.Baginda sallallahu alaihi wassalam adalah individu yang membawa kepada kita segala kegembiran tersebut.Kalaulah bukan dengan kelahiran baginda maka tiadalah kebangkitannya sebagai Rasul,tiadalah diturunkan al-Quran,tiadalah isra’dan mi’raj, tiadalah hijrah,tiadalah pertolongan ketika peperangan Badr,dan tiadalah Hari Fathu Makkah(pembukaan kota Makkah).Ini kerana semuanya yang berlaku adalah mempunyai kaitan dengan kelahiran baginda sallallahu alaihi wasallam.Maka Baginda adalah bapa dan penyebab kepada segala kebaikkan yang kita kecapi.
Pendapat yang disebutkan oleh al-Syeikh Sayyid Abu Hasanain rahimahullah amat jelas dan jitu.Sesiapa yang memahaminya dengan baik pasti akan terbuka hatinya.


APAKAH HUKUM KITA MENYAMBUT MAULID?
Secara jelasnya kita menyebutkan bahawa hukum menyambut Maulid adalah sunnah.Disini kita akan sebutkan secara terperinci satu persatu dalil yang penulis nukilkan daripada tulisan al-Syeikh Doktor Umar Abdullah Kamil hafizahullah secara ringkas:
Dalil pertama:HARUS BAGI KITA MEMBESARKAN HARI-HARI DAN TEMPAT-TEMPAT KELAHIRAN PARA NABI BERDASARKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
Di antaranya ialah:
1. Kita membesarkan hari Jumaat kerana ianya merupakan hari diciptakan Nabi Allah Adam alaihi salam.
2. Saidina Syaddad bin U’wais meriwayatkan:
أمر جبريل عليه السلام النبيَ صلى الله عليه و سلم بصلاة ركعتين ببيت لحم ثم قال له: أتدري أين صليت؟ قال :لا, قال: صليت ببيت لحم حيث وُلد عيسى.
Maksudnya: Saidina Jibril alaihissalam pernah menyuruh baginda Sallallahu alaihi wasallam menunaikan solat dua rakaat di Baitullaham.Kemudian Saidina Jibril alaihissalam bertanya kepada Baginda Sallallahu alaihi wasallam: Tahukah kamu dimanakah kamu bersolat tadi?Maka Baginda menjawab :Aku tidak tahu. Kata Saidina Jibril alaihissalam: Kamu telah menunaikan solat di Baitullaham dimana Saidina Isa alaihissalam dilahirkan.

3. Kesejahteraan dan keselamatan pada hari Nabi-Nabi lain dilahir disebutkan secara jelas di dalam al-Quran.Firman Allah taala di dalam surah Maryam ayat 33 menceritakan kata-kata Nabi Allah Isa alaihissalam:
وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا (33)
Maksudnya: dan segala keselamatan dan kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).

Dalil kedua: KISAH ABU LAHAB MEMBEBASKAN THUWAIBAH AL-ASLAMIYAH KERANA GEMBIRA DENGAN KELAHIRAN BAGINDA SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM
Al-Imam Ibn Kathir rahimahullahu taala menyebutkan di dalam kitab Bidayah wa al-Nihayah:
(( Wanita yang mula-mula menyusukan baginda sallallahu alaihi wasallam ialah Thuwaibah yang merupakan hamba kepada Abu Lahab.Dia dimerdekakan oleh Abu Lahab sebaik sahaja memberitahu tentang kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Abu Lahab.))
Al-Imam Suhaili rahimahullahu taala dan para ulama lain menyebutkan di dalam kitab-kitab mereka:
أنه قال لأخيه العباس في هذا المنام: وإنه ليخفف عني في كل يوم اثنين
Maksudnya: Sesungguhnya Abu Lahab menyebutkan kepada saudaranya al-Abbas di dalam mimpi :Sesungguhnya dia dilepaskan daripada seksaan kubur setiap hari Isnin.
Jika Abu Lahab yang dicela oleh Allah taala di dalam al-Quran dikurangkan seksaannya hanya kerana gembira dengan kelahiran baginda Sallallahu alaihi wasallam,apatah lagi kepada golongan mukminin yang gembira dengan kelahiran baginda sallallahu alaihi

wasallam.Pendapat sebegini juga disebutkan oleh al-Imam al-Hafidz Syamsuddin bin al-Jazari rahimahullahu taala di dalam kitabnya: عرف التعريف بالمولد الشريف .
Al-Imam al-Hafidz Syamsuddin bin Nasiruddin al-Dimasyki menyebutkan sebuah syair didalam kitabnya:



((مورد الصادي في مولد الهادي))
إذا كان هذا كافرا جاء ذمه
بتبت يداه في الجحيم مخلّدا
أتى أنه في يوم الاثنين دائما
يخفف عنه للسرور بأحمدا
فما الظن بالعبد الذي طول عمره
بأحمد مسرورا ومات موحّدا
Maksudnya: Jika si kafir(Abu Lahab) yang telah dicela dirinya,
Di dalam surah Tabbat(Surah al-Lahab) yang mana akan kekal selamanya di dalam neraka,
Pada setiap hari Isnin Maka Dia akan,
Diringankan daripada Seksaan kerana Gembira dengan kelahiran baginda Sallallahu alaihi wassalam,
Apatah lagi dengan seorang hamba yang sepanjang hidupnya,
Bergembira dengan kelahiran baginda Sallallahu alaihi wasallam(Adakah mereka tidak akan dibebaskan daripada seksaan api neraka?)
Menurut Al-Ustaz Doktor Yusuf Kahttar Muhammad hafizahullah,salah seorang ulama daripada Syria :
((Hadis Abu Lahab dibebaskan daripada seksaan pada hari Isnin kerana gembira dengan kelahiran baginda sallallahu alaihi wasallam diriwayatkan oleh sebahagian besar para ulama hadis dan sirah.Antaranya ialah al-Imam Abdul Razak San’ani,al-Imam al-Bukhari,al-Imam Ibn Hajar al-Asqallani,al-Hafidz al-Baihaqi,Imam Ibn Hisyam,al-Imam Suhaili,al-Hafidz Baghawi,al-Imam Ibn Daiba’,al-Imam al-Asyqar, dan al-Imam al-A’miri))

Dalil ketiga: BAGINDA SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM SENDIRI MENYAMBUT HARI KELAHIRANNYA DENGAN BERPUASA PADA HARI ISNIN
Al-Imam Muslim meriwayatkan di dalam Kitab Sahihnya:
عن أبي قتادة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم سئل عن صوم يوم الاثنين فقال:((ذاك يوم ولدتُ فيه و فيه أنزل عليّ))
Maksudnya: Diriwayatkan daripada saidina Abu Qatadah radhiyallahu anhu :Sesungguhnya Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa pada hari Isnin.Maka Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Ianya merupakan hari aku dilahirkan dan pada hari tersebut juga wahyu mula disampaikan kepadaku.
Ini merupakan dalil yang jelas menunjukkan tentang sambutan Maulid Nabi sallallahu alaihi wasallam.Mungkin cara sambutan akan berbeza tetapi maksudnya tetap sama samaada kita berpuasa pada hari tersebut,memberi makan atau berkumpul untuk melaksanakan majlis zikir dan selawat ke atas Junjungan besar sallallahu alaihi wasallam .
Sambutan Maulid bukanlah semata-mata kita bergembira pada hari tersebut.Tetapi pada hari tersebut kita digalakkan untuk mengadakan majlis bagi memperingati sirah perjuangan baginda sallallahu alaihi wasallam dan segala yang berkaitan tentang perjuangan baginda sallallahu alaihi wasallam.Perkara sebegini perlu kerana ianya akan menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda sallallahu alaihi wasallam dan keimanan kita kepada Allah dan Rasulnya akan semakin kukuh.
Sambutan sebegini juga akan menyegarkan ingatan kita kepada baginda sallallahu alaihi wasallam dan perkara ini disyariatkan di dalam Islam.Kita dapati di dalam ibadah haji juga terdapat banyak bentuk ibadah di dalamnya yang ianya merupakan cara untuk mengingati peristiwa-peristiwa lepas yang berlaku di sesuatu kawasan tersebut seperti Sa’i di antara Safa dan Marwa ,melontar Jamrah,menyembelih di Mina dan sebagainya merupakan peristiwa-peristiwa bersejarah yang pernah berlaku.Ini dilakukan semula sebagai cara untuk memperingati peristiwa-peristiwa bersejarah tersebut.


PENDAPAT PARA ULAMA TENTANG GALAKKAN MENYAMBUT MAULID NABAWI
Di sini penulis ingin meyebutkan pendapat para ulama yang menggalakkan sambutan Maulid Nabawi yang dinukilkan daripada karangan al-Ustaz Doktor Yusuf Khattar Muhammad hafizahullah:

-قال ابن تيمية رحمه الله تعالى: " فتعظيم المولد و اتخاذه موسما قد يفعله بعض الناس و يكون له فيه أجر عظيم لحسن قصده و تعظيمه لرسول الله صلى الله عليه و سلم"

-وقد قال ابن حجر الهيثمي رحمه الله تعالى: "و الحاصل أن البدعة الحسنة متفق على ندبها , و عمل المولد و اجتماع الناس له كذلك, أي بدعة حسنة"

-ومن ثم قال الإمام أبو شامة شيخ الإمام النووي رحمهما الله تعالى: "و من أحسن ما ابتدع في زماننا ما يفعل كل عام في اليوم الموافق ليوم مولده صلى الله عليه و آله و سلم من الصدقات و المعروف و إظهار الزينة و السرور , فإن ذلك مع ما فيه من الإحسان للفقراء مشعر بمحبته صلى الله عليه و سلم و تعظيمه في قلب فاعل ذلك و شكراً لله تعالى على ما منّ به من إيجاد رسوله صلى الله عليه و سلم الذي أرسله رحمة للعالمين"

-وقال السخاوي رحمه الله تعالى: " لم يفعله أحد من السلف في القرون الثلاثة ,و إنما حدث بعد , ثم لا زال أهل الإسلام من سائر الأقطار و المدن يعملون المولد و يتصدقون في لياليه بأنواع الصدقات و يعتنون بقراءة مولده الكريم , و يظهر عليهم من بركاته كل فضل عميم"

-و قال ابن الجوزي رحمه الله تعالى :" من خواصه أنه أمان في ذلك العام و بشرى عاجلة بنيل البغية و المرام"

-وقال السيوطي رحمه الله تعالى :"هو من البدع الحسنة التي يثاب عليها صاحبها ,لما فيه من تعظيم قدر النبي صلى الله عليه و سلم و إظهار الفرح والاستبشار بمولده الشريف"
وقال أيضا: يستحب لنا إظهار الشكر بمولده صلى الله عليه و سلم و الاجتماع و إطعام الطعام ونحو ذلك من وجوه القربات و إظهار المسرات"
و قال أيضا: ما من بيت أو محل أو مسجد قرئ فيه مولدُ النبي صلى الله عليه و سلم إلا حفت الملا ئكة أهلَ ذلك المكان و عمهم الله تعالى بالرحمة و الرضوان"

-و قال ابن الحاج رحمه الله تعالى :" فكان يجب أن نزداد يوم الاثنين الثانى عشر في ربيع الأول من العبادات و الخير شكراً للمولى على ما أولانا من هذه النعم العظيمة وأعظمها ميلاد المصطفى صلى الله عليه و سلم"

-و قال الشيخ أحمد زيني دحلان رحمه الله تعالى: " و من تعظيمه صلى الله عليه و سلم الفرح بليلة ولادته و قراءة المولد"

-وقال الحافظ العراقي رحمه الله تعالى:" إن اتخاذ الوليمة و إطعام الطعام مستحب في كل وقت ,فكيف إذا انضم إلى ذلك الفرح و السرور بظهور نور النبي صلى الله عليه و سلم في هذا الشهر الشريف ولا يلزم من كونه بدعة كونه مكروها ,فكم من بدعة مستحبة بل قد تكون واجبة"
-وقال شيخ الإسلام ابن حجر العسقلاني رحمه الله تعالى :" أصل عمل المولد بدعة لم تنقل عن أحد من السلف الصالح من القرون الثلاثة و لكنها مع ذلك قد اشتملت على محاسن وضدها, فمن تحرى في عملها المحاسن و جنّب ضدَّها كان بدعةً حسنةً و إلا فلا وقد ظهر لي تخريجها على أصل ثابت في الصحيحين من أن النبي صلى الله عليه وسلم قدِم المدينة فوجد اليهود يصومون يوم عاشوراء فسألهم فقالوا : هو يوم أغرق الله فيه فرعون ونجى موسى فنحن نصومه شكرا لله تعالى ,فيستفاد منه الشكر لله تعالى على ما منّ به في يوم معين من إسداء النعمة أو دفع نقمة و يعاد ذلك في نظير ذلك اليوم من كل سنة و الشكر لله تعالى يحصل بأنواع العبادة كالسجود و الصيام و الصدقة و التلاوة و أي نعمة أعظم من النعمة ببروز هذا النبي نبي الرحمة في ذلك اليوم و على هذا فينبغي أن يقتصر فيه على ما يفهم الشكر لله تعالى من التلاوة والإطعام و إنشاد شيء من المدائح النبوية المحركة للقلوب إلى فعل الخير والعمل للآخرة و أما ما يتبع ذلك من السماع و اللهو و غير ذلك فينبغي أن يقال: ما كان من ذلك مباحا بحيث يقتضى السرور بذلك اليوم لا بأس بإلحاقه به و ما كان حراما أو مكروها فيمنع وكذا ما كان خلاف الأولى"

-وقال ابن عابدين في شرحه على مولد ابن حجر :" اعلم أن من البدع المحمودة عمل المولد الشريف من الشهر الذي ولد فيه صلى الله عليه و سلم : و قال أيضا : فالاجتماع لسماع قصة صاحب المعجزات عليه أفضل الصلوات و أكمل التحيات من أعظم القربات لما يشتمل عليه من المعجزات و كثرة الصلوات"

-وقال الشيخ حسنين محمد مخلوف شيخ الأزهر رحمه الله تعالى:" إن إحياء ليلة المولد الشريف و ليالى هذا الشهر الكريم الذي أشرق فيه النور المحمدى إنما يكون بذكر الله تعالى و شكره لما أنعم به على هذه الأمة من ظهور خير الخلق إلى عالم الوجود و لا يكون ذلك إلا في أدب و خشوع و بُعد عن المحرمات و البدع والمنكرات ومن مظاهرالشكر على حبه مواساة المحتاجين بما يخفف ضائقتهم و صلة الأرحام و الإحياء بهذه الطريقة و إن لم يكن مأثورا في عهده صلى الله عليه وسلم ولا في عهد السلف الصالح إلا أنه لا بأس به و سنة حسنة"

-و قال الشيخ محمد متولي الشعراوي رحمه الله تعالى: " و إكراما لهذا المولد الكريم فإنه يحق لنا أن نظهر معالم الفرح و الابتهاج بهذه الذكرى الحبيبة لقلوبنا كل عام و ذلك بالاحتفال بها من وقتها..."

- وقال المبشر الطرازي,شيخ الإسلام السابق في تركستان:" إن الاحتفال بذكرى المولد النبوي الشريف أصبح واجبا أساسا لمواجهة ما استجد من الاحتفالات الضارة في هذه الأيام"

TOHMAHAN DARIPADA GOLONGAN YANG MENGINGKARI SERTA JAWAPAN TERHADAPNYA
SYUBHAH PERTAMA
Jika seseorang mengatakan: Sesungguhnya sambutan Maulid Nabawi ini merupakan perkara yang tidak pernah dilakukan oleh golongan Salaf dan ianya juga tidak berlaku pada zaman para sahabat .Maka ini jelas menunjukkan bahawa ianya merupakan suatu perkara bid’ah yang diharamkan serta wajib kita tentangi perkara ini.
JAWAPAN
Tidaklah tepat jika kita berpendapat mengatakan bahawa setiap perkara yang tidak dilakukan pada zaman permulaan Islam maka ianya dianggap bid’ah yang haram.Kalaulah kita boleh meletakkan hukum sedemikian ,maka perbuatan Saidina Abu Bakr al-Siddiq,Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Zaid radhiyallahuanhum mengumpulkan al-Quran akan dianggap perkara yang haram.Begitu juga dengan perbuatan Saidina Umar radhiyallahuanhu yang mengumpulkan para sahabat dengan Imam yang satu di dalam menunaikan solat Tarawih.Beliau juga menyebutkan kalam beliau yang masyhur : نعمت البدعة هذه(sebaik-baik bida’ah yang dilakukan adalah perkara ini).Banyak lagi perbuatan yang akan menjadi haram jika hanya semata-mata kita meletakkan setiap perkara yang tidak dilakukan pada zaman permulaan Islam adalah bid’ah yang haram.Antaranya ialah mengumpulkan ilmu-ilmu Islam ,membuat tempat untuk beribadah,membina sekolah,hospital,rumah anak-anak yatim,penjara dan lain-lain akan menjadi haram.
Sepatutnya bagi kita melihat kepada dalil-dalil yang diletakkan oleh Syarak.Jika perkara yang ingin kita laksanakan tersebut membawa kepada maslahah yang wajib dilaksanakan maka hukumnya juga adalah wajib,jika ianya haram maka hukumnya juga adalah haram dan begitulah seterusnya.Setiap perkara yang baharu yang ingin dilaksanakan yang berbetulan dengan kaedah yang syarak letakkan dan tidak berniat untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan hukum Allah taala maka ianya merupakan sebahagian daripada agama Islam.

Disebabkan perkara inilah para ulama meletakkan hadis yang dilafazkan oleh baginda sallallahu alaihi wasallam iaitu :كل بدعة ضلالة bermaksud menunjukkan kepada bid’ah yang sesat dan salah bukannya kepada semua jenis bid’ah.Ini dikuatkan dengan dalil daripada hadis baginda sallallahu alaihi wasallam :
من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها و اجر من عمل بها من بعده من غير أن ينقص من أجورهم شيء
Al-Imam Syafie radhiyallahu anhu menyebutkan :
ما أحدث و خالف كتابا أو سنة أو إجماعا أو أثرا فهو البدعة الضالة و ما أحدث من الخير و لم يخالف شيئاً من ذلك فهو المحمود
Al-Imam Nawawi rahimahullahu taala menyebutkan:
البدعة في الشرع هي إحداث ما لم يكن في عهد الرسول صلى الله عليه و سلم و هي منقسمة إلى حسنة و قبيحة ويدل على ذلك أيضا قول سيدنا عمر رضى الله تعالى عنه السابق: " نعمت البدعة هذه"

SYUBHAH KEDUA
Jika orang yang mengingkari mengatakan:Sesungguhnya sambutan Maulid dilakukan pada Rabi’ul Awwal .Kita sedia maklum bahawa baginda sallallahu alaihi wasallam juga wafat pada bulan ini.Jadi mengapa kita mesti gembira dengan kelahirannya tetapi tidak bersedih dengan kewafatan baginda sallallahu alaihi wasallam?
JAWAPAN
Al-Imam Suyuti rahimahullahu taala menjawab persoalan ini dengan mengatakan: Sesungguhnya kelahiran baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam adalah merupakan sebesar-besar nikmat kepada kita ,manakala kewafatan baginda sallallahu alaihi wasallam adalah merupakan sebesar-besar musibah kepada kita.Seperti kita sedia maklum juga,Syarak menggalakkan kita untuk bergembira dengan kelahiran seseorang dan syarak juga menunjukkan kepada kita agar berdiam ketika ditimpa musibah.Syarak juga menggalakkan kepada kita untuk melaksanakan ibadah aqiqah bilamana seorang bayi lahir tetapi syarak tidak mengarahkan kepada kita untuk menyembelih ketika berlakunya kematian.Maka dalil yang dapat kita ambil daripada kaedah yang telah diletakkan oleh syarak adalah sepatutnya kita bergembira dengan kelahiran baginda sallallahu alaihi wasallam bukan menzahirkan kesedihan pada hari tersebut.

SYUBHAH KETIGA
Jika golongan yang mengingkari mengatakan: Sesungguhnya sambutan Maulid ini seolah-olah terlalu mengagungkan baginda sallallahu alaihi wasallam .Sedangkan baginda juga adalah manusia biasa.Malah baginda pernah menyebutkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad radiyallahuanhu :
لا تطروني كما أطرت النصارى عيسى بنَ مريم فإنما أنا عبد الله و رسوله
JAWAPAN
Disini penulis ingin memetik jawapan yang diberikan oleh guru kita al-Fadhil al-Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Nadwi al-Maliki hafizahullah :
((Memuji dan menyebut kemuliaan akhlak baginda sallallahu alaihi wasallam sudah menjadi satu tradisi dan amalan yang dilakukan oleh umat Islam turun temurun sejak daripada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri sampai ke hari ini.Di sepanjang sejarah bermacam-macam jenis pujian dan sanjungan yang telah dirafa’kan keharibaan baginda sallallahu alaihi wasallam .Namun orang masih belum lagi merasa puas memujinya.Terasa seperti sudah kelu lidah penyair dalam puisi dan syair-syair mereka namun pujian untuk Baginda masih belum dirasa sampai kepada kemuncaknya.Amalan yang seperti ini bukanlah keterlaluan seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak tetapi ia merupakan sebahagian dari luahan perasaan kasih sayang dan rasa cinta yang begitu mendalam sekali terhadap kekasih Allah dan makhluk Allah yang paling sempurna ini.Kerana bagaimana jua pun pujian yang disanjungkan namun pujian itu tidak akan sampai kepada kemuncaknya dan belum dapat menyebutkan segala keistimewaannya yang telah dikurniakan Allah subhanahu wa taala kepada baginda sallallahu alaihi wasallam.
Perkara ini adalah berasaskan kepada fahaman para ulama terhadap pujian Allah subhanahu wa taala terhadap baginda sallallahu alaihi wasallam dalam surah al-Qalam ayat 4:
وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ (4)
Maksudnya: Sesungguhnya engkau wahai Muhammad berada di atas akhlak yang sangat agung.
Jadi Allah subhanahu wa taala Zat Maha Agung lagi Maha Mulia telah memuji ketinggian akhlak baginda sallallahu alaihi wasallam maka sudah tentu pujian Allah taala ini nilainya melebihi sebarang pujian makhluk manusia terhadap baginda sallallahu alaihi wasallam.Bagaimana pujian makhluk dapat menandingi pujian Allah taala.Ini adalah satu perkara yang tidak mungkin terjadi. Maka sudah pasti kita tidak akan sampai kepada kemuncak pujian yang sepatutnya terhadap baginda sallallahu alaihi wasallam.
Atas alas an inilah maka al-Imam al-Bushiri rahimahullah menyebut dalam Burdahnya di dalam bait 43 dengan katanya:
دع ما ادّعته النصارى في نبيهم
واحكم بما شئتَ مدحاً فيه واحتكِم
Maksudnya: Tinggalkan cara orang Nasrani dalam menyanjung nabi mereka (Nabi Isa alaihi al-salam), selepas itu terserahlah kepadamu untuk memuji baginda sallallahu alaihi wasallam sesuka hatimu.
Perkataan Imam Bushiri rahimahullah ini bermaksud asalkan engkau jangan melampaui batas dalam memuji baginda sallallahu alaihi wasallam seperti orang Kristian telah melampaui batas memuji Nabi Isa alaihi salam sehingga mengatakannya sebagai tuhan ,Maka engkau bebas memuji baginda sallallahu alaihi wasallam dengan apa jua perkataan.Contohnya engkau boleh mengatakan Baginda itu sebaik –baik makhluk, nur yang menyinari alam ,penghulu segala nabi dan rasul,makhluk yang paling dikasihi Allah taala,insan yang paling sempurna ,hamba yang paling bertaqwa kepada Allah dan sebagainya.Tetapi engkau tidak boleh mengatakan Baginda sallallahu alaihi wasallam itu zat yang berkuasa ,memiliki takdir ,dapat menghidupkan dan mematikan ,pencipta syurga dan neraka dan seterusnya apa jua pujian yang menunjukkan makna ketuhanan maka kita tidak boleh memuji Baginda sallallahu alaihi wasallam sampai ke tahap itu .
Al-Syeikh Abbdul Qadir Isa rahimahullahu taala menjawab juga persoalan ini dengan mengatakan:
((Dalil yang digunakan oleh golongan ini adalah batil dan tidak benar,Ini kerana pujian dan pengagunggan yang dilarang ialah bentuk pengagunggan seperti yang dilakukan oleh golongan Nasrani terhadap nabi Allah Isa alaihi salam.Mereka meletakkan bahawa Nabi Isa alaihi salam anak Allah taala dan menyekutukan Allah taala .
Firman Allah taala di dalam surah al-Taubah:
وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ (30)
Maksudnya: dan orang-orang Yahudi berkata: “ Uzair adalah anak Allah .dan orang-orang Nasrani berkata: “ al-Masih ialah anak Allah” Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri (iaitu)mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu semoga Allah membinasakan mereka.Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
Firman Allah taala lagidi dalam surah al-Maidah ayat 73:
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ
Maksudnya: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang telah berkata : “Bahawasanya Allah ialah salah satu daripada tiga tuhan”
Manakala pujian dan pangagungan yang dilakukan ketika majlis sambutan Maulid tidaklah melebihkan Baginda sallallahu alaihi wasallam sehingga mengeluarkan lebih daripada seorang makhluk.Maka hadis tersebut bukanlah dalil kepada golongan wahabiah.))

Jawapan-jawapan yang diberikan oleh para ulama tersebut sudah jelas dan tidak perlu diperkotak-katikkan lagi.Penulis menemukan pendapat daripada al-Syeikh Muhammad Abu Thuai’lik berkenaan mengapakah para sahabat tidak menyambut Maulid pada zaman mereka.Beliau mengatakan bahawa ini berkemungkinan kerana para sahabat pada ketika tersebut terlalu banyak tugas yang perlu dilaksanakan seperti berjihad ,menyusun daulah dengan mengemaskinikan sistem pendidikan,ekonomi dan siasah. Maka perkara ini mungkin menyebabkan mereka tidak sempat melaksanakannya.Ini tidak menafikan mereka berkemungkinan menyambut Maulid tersebut secara persendirian atau bersama keluarga dan bukan dilakukan secara majlis yang gilang-gemilang .

KITAB-KITAB YANG DIKARANG OLEH PARA ULAMA BERKENAAN MAULID NABAWI
1. جامع الآثار في مولد النبي المختار dikarang oleh al-Imam Hafidz Ibn Nasiruddin al-Dimasyki rahimahullah (777 H-842H).
2. اللفظ الرائق في مولد خير الخلائق juga dikarang oleh al-Imam Hafidz Ibn Nasiruddin al-Dimasyki rahimahullah (777 H-842H).
3. المورد الهنى في المولد السنى dikarang oleh al-Imam Hafiz Iraqi rahimahullah (725H-808H).
4. Al-Imam Sakhawi rahimahullah (831H-902H) juga ada menyusun risalah kecil berkenaan Maulid.
5. المورد الروي في المولد النبوي dikarang oleh al-Imam Mulla Ali Qari bin Sultan bin Muhammad al-Harwi rahimahullahu taala wafat pada 1014H.
6. Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah juga ada menyusun kitab berkenaan Maulid yang ditahqiq oleh Doktor Salahuddin Munjid.
7. Al-Hafidz Ibn Daiba’ rahimahullahu taala (866H- 944H) juga ada menyusun Maulid yang masyhur yang ditahqiq oleh Syeikh Muhammad Alawi al-Maliki rahimahullahu taala .
8. Al-Imam Suyuti rahimahullah juga ada menyusun risalah tentang Maulid yang boleh didapati daripada kitab beliau iaitu الحاوي للفتاوى .

Selepas kita membincangkan secara ringkas tentang permasalahan Maulid ini maka sepatutnya kta memikirkan bagaimanakah cara yang terbaik yang boleh kita sama-sama amalkan untuk menyambut hari yang cukup mulia ini.Maka disini kita letakkan cara bagaimanakah untuk menyambut Maulid dengan cara yang dianjurkan oleh Islam.
1. Memperingati Baginda sallallahu alaihi wasallam bukanlah hanya dikhususkan pada ketika Bulan Rabi’ul Awwal sahaja tetapi mestilah secara berterusan.Ini kerana memperingati baginda sallallahu alaihi wasallam ialah dengan cara kita mempelajari sirah baginda sallallahu alaihi wasallam,dan mengambil iktibar dan qudwah yang terbaik daripada baginda sallallahu alaihi wasallam.Maka perkara sebegini perlu dilakukan secara berterusan.
2. Perlulah kita sama-sama memastikan bahawa apa yang dilaksanakan pada hari tersebut di bercanggah dengan kehendak syarak.Tidak ada masalah untuk kita bergembira tetapi janglah sehingga melampaui batas yang dikehendaki oleh syarak.
3. Banyakkan tilawah al-Quran,membaca selawat ke atas Baginda sallallahu alaihi wasallam,mengalunkan nasyid-nasyid merdu yang memuji baginda sallallahu alaihi wasallam.
4. Jangan terlalu cepat menghukum sesuatu perkara yang dilakukan oleh umat Islam sebagai bida’ah yang mengeluarkan daripada Islam.Cara begini bukanlah dianjurkan oleh syarak.Sebaliknya kita digalakkan menambahkan pengetahuan ilmu agama Allah taala.Sikap cepat menghukum bukanlah sikap orang yang berilmu dan bertamadun.

















PENUTUP
Semoga kita semua dapat mengambil faedah daripada risalah ringkas yang disusun ini.Hanya orang yang inginkan kebenaran akan memerhatikan dengan teliti dan adil.Manakala yang tetap degil tidak mahu menerima kebenaran hanyalah orang-orang yang sombong.
Penulis memohon maaf jika terdapat kesilapan di dalam risalah ini.Setiap orang tidak dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan.Hanya Rubbul Jalil sahaja yang tiada kesilapan padaNya.Mohon teguran dan bimbingan yang terbaik lagi berhikmah daripada sidang pembaca.
Moga dengan sekelumit usaha ini mampu menjadi syafaat untukku,Ibu bapaku,keluargaku dan orang –orang yang aku kasihi serta sahabat-sahabatku di akhirat kelak.
و هذا آخر ما يسره الله تعالى بمنه و كرمه. و نسأل الله تعالى أن يتقبله منا و أن ينفع به إخواننا و أن يرحمنا برحمته الواسعة وأن ينجينا من أهوال يوم القيامة.
وصلى الله على سيدنا و مولانا و حبيبنا المصطفى صلى الله عليه و سلم و على آله و صحبه بعدد حرف جرى به القلم .
والحمدلله رب العالمين.
القاهرة في 5 ربيع النور 1430 الموافق 2 مارس 2009
جمع و ترتيب
الحقير الفقير الطالب تراب تحت أقدام العلماء
محمد نزرول بن عبد النصير بن عبدالله الصالح
طالب جامع الأزهر الشريف




RUJUKAN
1. القراءن terjemahan berserta mushaf Tajwid cetakan Darul Fikr ,Syria
2. كلمة هادئة في الاحتفال بالمولد بقلم عمر عبدالله كامل cetakan Darul Mustafa tahun 2005
3. الموسوعة اليوسفية في بيان أدلة الصوفية تأليف الأستاذ الدكتور يوسف خطار محمد
4. الاحتفال بالمولد النبوي بين المؤيّدين و المعارضين مناقشات و ردود تأليف السيد أبي الحسنين عبدالله الحسيني المكي الهاشيمى رحمه الله تعالى بدون ذكر المطبعة 1996
5. الميزان العادل لتمييز الحق من الباطل تأليف العلامة عبد القدير عيسى دياب دار التقوى 2005
6. الحاوى للفتاوى الإمام جلال الدين عبد الرحمن بن أبي بكر السيوطى دار الجيل
7. خمسون مسالة فقهية تأليف الشيخ محمد أبو صعيليك ,دار الرازى الطبعة الأولى 2003
8. المشروع و الممنوع لفضيلة الأشتاذ الإمام السيد محمد زكى إبراهيم , دار إحياء التراث الصوفى
9. إتقان الصنعة في تحقيق معنى البدعة تأليف العلامة المحدث عبدالله بن محمد بن الصديق الغماري رحمه الله تعالى , دار عالم الكتب 2006
10. محمد صلى الله عليه و سلم الإنسان الكامل تأليف العلامة الدكتور السيد محمد علوى المالكى الحسنى ,دار جوامع الكلم
11. وفاة سيدنا محمد صلى الله عليه و سلم للإمام الحافظ المحدث أبي عبدالرحمن أحمد بن شعيب النسائي جمع و إعداد عبد الحكيم عطية,دار مرذوق و دار الإصلاح
12. بردة المديح الشريفة المباركة للإمام شرف الدين أبي عبدالله محمد البوصيري دترجمهكن أوله العلامة أبو علي أحمد فهمى زمزم البنجري الندوي المالكى cetakkan Khazanah Banjariah 1998
13. البيان لما يشغل الأذهان لفضيلة العلامة نور الدين على جمعة مفتي الديار المصرية دار المقطم للنشر و التوزيع 2005
6:18 PM 0 comments

Ilmu Qiraat

MUQADDIMAH
Ilmu Qiraat merupakan salah satu bidang ilmu yang punya kedudukan tinggi di dalam bidang ilmu di dalam Islam. Kepelbagaian di dalam qiraat memberikan satu petunjuk yang jelas bahawa al-Quran bukanlah kalam yang diciptakan oleh makhluk. Kalam suci Allah taala mustahil punya pertentangan antara satu sama lain. Firman Allah taala di dalam surah an-Nisa’ ayat 82:
أَفَلا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلافًا كَثِيرًا
Maksudnya : “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan Yang banyak di dalamnya”.
Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa jika kita benar-benar meneliti ayat Allah taala maka pasti tidak akan kita dapati sebarang kesalahan padanya. Perbezaan pendapat ulama di dalam menentukan sesuatu hukum juga ada kaitan rapat dengan ilmu ini. Namun secara jelasnya, perbezaan pendapat ulama di dalam permasalahan hukum bukan hanya tertumpu kepada satu sebab semata-mata. Ilmu Qiraat cuma merupakan salah satu cabang ilmu yang juga memberikan kesan terhadap perbezaan pendapat tersebut.
Semoga perbahasan ringkas ini dapat menjadi panduan buat kita memahami sepintas lalu berkenaan kepentingan ilmu Qiraat ini dan kaitannya di dalam menentukan khilaf di kalangan para ulama.
DEFINISI
1. Qiraat ialah perbezaan yang terdapat pada lafaz al-Quran samada hurufnya atau cara untuk melafazkannya samada ayat tersebut dibaca dengan tasydid atau takhfif dan lain-lain.
2. Sebahagian Ulama mengatakan bahawa maksud Qiraat ialah melafazkan sebutan di dalam al-Quran sebagaimana yang disebutkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam.
3. Jelas daripada maksud yang disebutkan hakikatnya terdapat perbezaan di antara al-Quran dan Qiraat. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam al-Zarkasyi rahimahullah di dalam kitabnya al-Burhan.
TITIK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA AL-QURAN DAN QIRAAT
1. Persamaan di antara al-Quran dengan Qiraat ialah kedua-duanya merupakan wahyu daripada Allah taala yang disampaikan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam melalui Saidina Jibril alaihi al-salam.

2. Perbezaan di antara al-Quran dan Qiraat ialah :
i. القرآن هو اللفظ العربي المعجز الموحى به إلى سيدنا محمد صلى الله عليه و سلم المتعبد بتلاوته و الواصل إلينا عن طريق التواتر.
ii. القراءات هى اختلاف ألفاظ الوحى فى الحروف أو كيفيتها من تخفيف و تشديد و غيرهما .
HIKMAH DISYARIATKAN ILMU QIRAAT
1. Memudahkan bagi umat yang berbilang bangsa untuk membaca al-Quran dengan cara yang sebenar tanpa ada kesalahan.
2. Ilmu Qiraat ini juga boleh menjadi satu hujjah kepada golongan yang benar-benar mengkaji al-Quran dengan teliti bahawa al-Quran benar-benar kalam Allah taala serta bukannya rekaan Baginda sallallahu alaihi wasallam seperti mana yang didakwa oleh golongan Oreantalis.
FAEDAH BERLAKUNYA IKHTILAF DI DALAM QIRAAT
1. Boleh menggabungkan umat keseluruhannya terutama umat Islam mutakhir ini di bawah naungan lisan yang satu iaitu lisan Quraisy. Ini kerana al-Quran diturunkan di dalam bahasa mereka.

2. Menerangkan hukum-hakam yang kurang jelas di dalam sebuah ayat. Contohnya Firman Allah taala di dalam surah al-Nisa ayat 12:

وَإِنْ كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلالَةً أَوِ امْرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ
Di dalam riwayat bacaan Saad bin Abu Waqqas radhiyallahu anhu terdapat tambahan selepas ukhtun iaitu :

وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ من أم
Maka ini menjelaskan lagi maksud sebenar saudara wanita yang terdapat di dalam riwayat mutawatir tersebut.
Contoh lain seperti firman Allah taala di dalam surah al-Maidah ayat 89:
فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ
Ayat ini tidak menerangkan adakah hamba yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut umum samada kepada hamba yang mukmin atau kafir. Di dalam satu riwayat disebutkan:

أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مؤمنة
Maka riwayat ini menjelaskan lagi maksud sebenar hamba tersebut hanyalah kepada hamba mukmin sahaja.

3. Menggabungkan dua hukum yang berbeza dengan digabungkan kedua-dua jenis bacaan. Contohnya firman Allah taala di dalam surah al-Baqarah ayat 222:
فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ
Di dalam riwayat Hamzah, Kisa’ie, Khalaf dan Syukbah perkataan يَطْهُرْنَ dibacakan dengan tasydid :
حَتَّى يَطَّهَّرْنَ
Bacaan tanpa tasydid tentulah beza maknanya dengan bacaan bertasydid. Ini dapat kita ketahui dengan mempelajari ilmu Sarf. Perkataan bertasydid memberi makna benar-benar bersih iaitu setelah selesai mandi. Manakala bacaan tanpa tasydid tidak menunjukkan makna sedemikian hanya sekadar setelah terputus waktu keluar darah.
Maka bacaan bertasydid menggabungkan kedua-dua hukum hasil pemahaman para ulama terhadap ayat tersebut. Ini yang dipegang oleh Mazhab al-Imam Syafie radhiyallahu anhum iaitu dengan menggabungkan kedua-dua bersih tersebut(putus haid dan setelah mandi barulah boleh bersama dengan suami).
4. Menunjukkan dua hukum syarak di dalam satu ayat tetapi dalam keadaan yang berbeza . Contohnya firman Allah taala di dalam surah al-Ma’idah ayat 6:
فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ
Al-Imam Nafi’, Ibn A’mir, al-Kisa’ie, Yaakub dan Hafs membaca dengan dinasabkan
(أَرْجُلَكُم). Qurra’ selain daripada mereka membaca dengan dibaris bawahkan lafaz tersebut menjadi (أَرْجُلِكُمْ).
Jika dibaca dengan nasab maka ianya memberi makna suruhan untuk membasuh kaki tersebut. Manakala jika dibaca dengan lafaz (أَرْجُلِكُم) maka ianya memberi makna kaki tersebut disapu. Inilah yang dipegang oleh golongan Syiah Imamiyah.
Jumhur Ulama Ahlussunnah menolak hujah mereka dengan mengatakan bacaan dengan baris bawah memberi faedah bahawa yang di sapu bukanlah kaki tetapi khuf yang dipakai. Ini berdasarkan riwayat hadis yang mutawatir bahawa Baginda sallallahu alaihi wasallam tidak pernah menyapu kaki ketika berwudhuk melainkan ketika memakai khuf.

5. Mengelakkan daripada berlakunya kesalahan di dalam memahami maksud sebenar ayat di dalam al-Quran. Contohnya firman Allah taala di dalam surah al-Jumu’ah ayat 9:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ
Di dalam satu lagi riwayat perkataan (فَاسْعَوْا) ditukarkan kepada (فامضوا).Maka ini menjelaskan kepada kita bahawa maksud ayat tersebut bukanlah menyuruh agar kita berlari-lari dengan cepat bilamana mendengar azan Jumaat sebaliknya bersegera untuk melaksanakan perintah Allah taala dengan menunaikan solat Jumaat.

6. Menerangkan lafaz yang kurang jelas difahami oleh pembaca maksud sebenar ayat tersebut. Contohnya firman Allah taala di dalam surah al-Qari’ah ayat 5:
وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ
Perkataan (الْعِهْن) di dalam ayat tersebut dapat difahami dengan jelas jika kita melihat kepada riwayat yang lain di dalam ilmu qiraat. Terdapat riwayat yang membaca dengan
(كالصوف المنقوش). Maka ini menjelaskan maksud (الْعِهْن) ialah bulu binatang.


7. Menjelaskan lagi tentang sebahagian permasalahan aqidah yang menyebabkan sebahagian umat menjadi sesat kerana tidak memahami ilmu Qiraat. Contohnya seperti permasalahan melihat Allah taala di akhirat kelak. Ini disebutkan oleh Allah taala di dalam ayat 20 surah al-Insan:
وَإِذَا رَأَيْتَ ثَمَّ رَأَيْتَ نَعِيمًا وَمُلْكًا كَبِيرًا
Di dalam satu lagi riwayat perkataan (مُلْكًا) dibaca dengan (مَلِكًا). Riwayat kedua ini telah memberikan kepada kita satu kefahaman yang baik terhadap maksud ayat tersebut. Ini menguatkan hujah ahlussunnah wal jamaah yang mengatakan bahawa Allah taala boleh dilihat pada hari akhirat kelak.
JENIS-JENIS IKHTILAF YANG TERDAPAT DI DALAM QIRAAT
1. IKHTILAF PADA LAFAZ TETAPI MAKSUDNYA SAMA

i. Al-Imam Ibn Jazari rahimahullah menerangkan bahawa ikhtilaf jenis ini hanya berlaku di dalam masalah loghat Arab itu sendiri.

ii. Ini kerana loghat Bangsa Arab yang terdapat di dalam al-Quran terdapat lebih kurang 42 loghat. Ianya seperti yang disebutkan oleh al-Imam Abu Bakar al-Wahidi rahimahullah di dalam kitabnya الإرشاد في القراءات العشر .

iii. Antara contoh bagi jenis ikhtilaf yang pertama ini ialah:

a. الصراط – al-Imam Ibn Kathir al-Makki membaca dengan menukarkan huruf ص kepada س iaitu السراط.

b. عليهم -al-Imam Qurthubi rahimahullah menyebutkan bahawa perkataan ini sahaja terdapat 10 bacaan padanya.

c. القدس - al-Imam Ibn Kathir al-Makki satu-satunya Qurra’ yang membaca perkataan ini dengan disukunkan pada huruf د menjadi القدْس. Manakala para Qurra’ yang lain membacanya dengan didhammahkan pada huruf د menjadi القدُس.



2. IKHTILAF PADA MAKNA DAN LAFAZ SECARA KESELURUHANNYA TETAPI KEDUA-DUANYA BOLEH DIGABUNGKAN.

i. Al-Imam Ibn Jazari rahimahullah menyebutkan beberapa contoh ayat yang punya kaitan dengan jenis kedua.

ii. Antaranya ialah:

a. مالك dan ملك di dalam surah al-Fatihah.
b. يكذّبون dan يكذِبون
c. ننشزها dan ننشرها di dalam surah al-Baqarah ayat 259.

3. IKHTILAF PADA MAKNA DAN LAFAZ SERTA TIDAK BOLEH DIGABUNGKAN PADA SATU PERKARA SAMA TETAPI BOLEH BERSEPAKAT MAKSUDNYA DI DALAM PERMASALAHAN YANG BERBEZA.

i. Al-Imam Ibn Jazari rahimahullah menyebutkan permasalahan ini secara panjang lebar di dalam kitab النشر فى القراءات العشر.

ii. Antaranya seperti yang disebutkan di dalam:

a. Surah Yusuf ayat 110.

b. Surah Ibrahim ayat 46.

c. Surah al-Nahl ayat 110.

d. Surah al-Isra ayat 102.

BAGAIMANA MENENTUKAN SESUATU QIRAAT ITU SEBAGAI QIRAAT YANG MUTAWATIR?
1. Menurut al-Imam Ibn Jazari rahimahullah, di antara rukun bagi qiraat yang sahih ialah:

i. Bertepatan dengan kaedah Bahasa Arab walaupun dengan satu bentuk daripada loghat yang mereka gunakan.
ii. Bertepatan dengan salah satu daripada Mushaf Uthmani walaupun dengan ihtimal .
iii. Sahih sanad pengambilannya daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

2. Ketiga-tiga rukun ini perlu ada kepada sesuatu qiraat bagi menentukan sama ada ianya sahih atau tidak. Ini bermakna, jika salah satu daripada rukun itu tidak dipenuhi maka ianya akan dihukumkan sebagai bacaan yang syaz,batil atau dhoif.

PERBEZAAN DI ANTARA IKHTILAF QURRA’ DAN IKHTILAF FUQAHA
1. Perlu kita fahami bahawa terdapat perbezaan di antara ikhtilaf qurra’ dan ikhtilaf yang berlaku di kalangan fuqaha’.

2. Ikhtilaf yang berlaku dikalangan para qurra’ ialah ikhtilaf yang semuanya pada pihak yang benar. Ini kerana masing-masing mengambil sumber bacaan daripada sanad yang benar-benar sampai kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam.

3. Manakala ikhtilaf yang berlaku di kalangan para fuqaha adalah ikhtilaf secara ijtihad. Ikhtilaf secara ini mungkin ada yang tepat dan mungkin tidak. Tetapi kesemuanya mendapat pahala dan tidak tercela kerana mereka semua mengeluarkan hukum berdasarkan ilmu yang ada pada mereka.
ADAKAH HUKUM SEMUANYA DI AMBIL DARIPADA QIRAAT YANG MUTAWATIR SAHAJA?
1. Jumhur para ulama mengatakan bahawa qiraat Syaz juga boleh digunakan sebagai sumber pengambilan hukum.

2. Kedudukan qiraat syaz di dalam permasalahan hukum adalah seperti khabar ahad di dalam ilmu Hadis.

CONTOH HUKUM YANG DIKELUARKAN DARIPADA RIWAYAT SYAZ
Banyak contoh hukum yang dikeluarkan oleh ulama berdasarkan hujah yang terdapat di dalam qiraat syaz. Antaranya ialah:
a. Hukum memotong tangan kanan bagi pencuri di ambil daripada riwayat bacaan Saidina Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu. Firman Allah taala di dalam surah al-Maidah ayat 38:
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
Ayat ini tidak menerangkan tangan manakah yang perlu dipotong terlebih dahulu. Di dalam riwayat bacaan Saidina Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu diperjelaskan perkara ini. Bacaannya ialah:
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْمانَهُمَا
b. Kedudukan para ulama dan ketinggian mereka di sisi Allah taala juga diterangkan di dalam ayat 28 surah Fathir:
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Di dalam riwayat mutawatir perkataan Allah dibaca dengan dibariskan dengan baris fathah dan perkataan ulama dibariskan dengan baris dhommah. Manakala di dalam riwayat Saidina Umar bin Abd Aziz radhiyallahu anhu dan al-Imam Abu Hanifah perkataan Allah dibacakan dengan baris dhommah dan ulama dibaca dengan baris fathah.
Kata al-Imam al-Zarkasyi rahimahullah maksud khasyah di dalam ayat tersebut perlu ditakwilkan. Maka maksud khasyah jika menggunakan riwayat syaz bermaksud Allah taala meninggikan dan mengagungkan para ulama. Maka khasyah menurut riwayat ini bukanlah bermaksud takut. Jika diletakkan dengan makna takut maka akan menjadikan maknanya tidak bertepatan dengan kehendak syarak.

c. Para ulama Hanafiyah juga berhujah menggunakan riwayat syaz di dalam menentukan permasalahan wajibnya berpuasa secara tiga hari berturut-turut bagi orang yang ingin melaksanakan kafarah sumpah. Ini seperti yang disebutkan di dalam riwayat Saidina Ibn Mas’ud radhiyallahu anhu:
فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ متتابعات أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ
Manakala di dalam bacaan secara mutawatir ialah:
فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ
Para ulama Hanafiyah menyalahi jumhur ulama Syafie di dalam menggunakan dalil daripada riwayat Ibn Mas’ud tersebut. Ini kerana bagi para ulama Syafieyah, ayat tersebut telah berlaku nasikh dan mansukh.

ANTARA CONTOH PERBEZAAN HUKUM DAN MAKSUD BERDASARKAN QIRAAT MUTAWATIR
1. Jumhur para qurra’ membaca ayat 106 surah al-Baqarah:
مَا نَنْسَخْ مِنْ آَيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا
Manakala Ibn Kathir dan Abu Amru membaca (نُنْسِهَا) dengan bacaan (نَنسأها). Bacaan kedua-dua imam ini sekaligus menerangkan kepada kita maksud sebenar ayat tersebut. Ini kerana jika dibuat penterjemahan maka perkataan (نُنْسِهَا) bermaksud lupa. Maka ini tidak layak bagi Allah taala. Perkataan (نَنسأها) pula memberi makna melambatkan. Maka ini lebih sesuai maksudnya bagi ayat tersebut. Maka bacaan kedua ini hakikatnya adalah sebagai penerang semula kepada ayat yang pertama.
2. Para ulama juga berbeza pendapat di dalam permasalahan batal wudhuk berdasarkan khilaf yang terdapat di dalam qiraat mutawatir. Contohnya seperti ayat 43 surah al-Nisa’:
أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ
Jumhur Qurra’ membaca dengan diisbatkan huruf alif ppada perkataan (لامَسْتُمُ). Manakala al-Imam Hamzah dan Kisa’ie membacanya dengan dihazafkan huruf alif tersebut. Maka bacaan tersebut menurut kedua-dua Imam itu ialah (لمستم النساء).
Kedua-dua bacaan ini mempunyai perbezaan dari segi maksudnya. Namun tiada percanggahan pada kedua-dua ayat ini.
ADAKAH MEMADAI ILMU QIRAAT UNTUK MEMAHAMI KITAB ALLAH?
1. Hakikat yang perlu disedari oleh kita ilmu qiraat semata-mata tidak akan membolehkan untuk kita memahami kitab Allah taala secara sempurna.

2. Banyak lagi cabang ilmu Islam yang perlu di dalami oleh para pelajar demi merealisasikan generasi al-Quran yang sebenar.

3. Generasi al-Quran yang sebenar bukanlah hanya semata-mata menghafaz al-Quran dan mengetahui ilmu Qiraat tetapi turut menguasai ilmu lain seperti Tafsir, Hadis, Fiqh, Aqidah dan lain-lain.

4. Jika kita memerhatikan dengan teliti, perbincangan ilmu Qiraat banyak berkisar tentang Nahwu, Sarf dan Bahasa Arab. Maka penuntut ilmu Qiraat perlu untuk mendalami ketiga-tiga ilmu ini sebaiknya.
PERANAN AZHARI DI DALAM MENDALAMI ILMU QIRAAT
1. Perlu mendalami ilmu ini sebaiknya dan secara mendalam.

2. Tidak sekadar belajar ilmu qiraat seperti melepaskan batuk di tangga.

3. Dewan Perwakilan Mahasiswa Syubro perlu merancang satu program jangka panjang bagi melahirkan generasi Qurra’ yang benar-benar berkualiti.

4. Perlu meletakkan di dalam diri bahawa jika tidak mempelajari dengan sebaiknya maka kita secara tidak langsung telah mencalari nama baik al-Azhar. Maka wajib bagi kita menguasainya dengan sebaik mungkin.

5. Perlu memastikan kesinambungan ilmu ini berterusan dengan memberi galakan kepada masyarakat di Malaysia khususnya bagi mendalami ilmu ini di al-Azhar.

6. Tidak hanya berpada dengan ilmu Qiraat tanpa menumpukan ilmu-ilmu asas yang lain.
PERANAN PELAJAR BUKAN AL-AZHAR(PERUBATAN DAN LAIN-LAIN) DI DALAM MEMAHAMI ILMU INI
1. Meletakkan kecintaan dan keyakinan yang tinggi bahawa ilmu qiraat ini adalah salah satu ilmu Allah taala yang diberikan kepada umatNya.

2. Merebut peluang masa yang ada di bumi Mesir ini untuk mempelajari ilmu Qiraat dengan bertalaqqi bersama para ulama al-Azhar al-Syarif.

3. Mengadakan hubungan baik dengan DPM Syubro bagi melaksanakan program memahami al-Quran dengan sebaiknya bagi melahirkan doktor Muslim dan Muslimah yang sebenar.

4. Meletakkan di dalam jiwa sanubari bahawa perlu ada di dalam ahli keluarga kita kelak yang salah seorangnya akan mendalami ilmu al-Quran ini dengan sebaiknya.

KESIMPULAN
1. Jelas kita dapati betapa besarnya peranan ilmu Qiraat dan kesannya terhadap perkembangan Ilmu Islam.
2. Berdasarkan kesedaran sebegini, maka perlu bagi kita untuk benar-benar mendalami dan menjaganya agar kita tidak termasuk di dalam generasi golongan yang mempelajarinya secara sambil lewa.
3. Berbilang-bilangnya Qiraat menguatkan lagi keyakinan kita bahawa ianya merupakan kalam Allah taala dan benarnya Baginda sallallahu alaihi wasallam.

RUJUKAN
1. الكامل المفصل فى القراءات الأربعة عشر - disusun oleh al-Allamah Syeikh Dr Ahmad Isa al-Ma’sarawi hafizahullah. Cetakan pertama 2009 Darul Imam Syatibi.
2. مناهل العرفان فى علوم القرآن - oleh al-Allamah Syeikh Muhammad Abd Adzim al-Zurqani rahimahullah. Cetakan Darul Hadis.
3. الإتقان فى علوم القرآن - oleh al-Imam al-Allamah Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah. Tahqiq Syeikh al-Allamah Dr Mustafa Bugho hafizahullah. Cetakan Pertama 2008 Darul Mustafa Dimasyk.
4. أثر اللغة فى اختلاف المجتهدين - oleh Syeikh Abdul Wahab Abdul Salam Thawilah. Cetakan Kedua 2000 Darul Salam Kaherah.
5. التبيان لبعض المباحث المتعلقة بالقرآن على طريق الإتقان - oleh al-Allamah Syeikh Tahir al-Jaza’iri al-Dimasyki. Tahqiq al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah. Cetakan Maktab Matbu’ah al-Islamiyah.
6. روائع البيان تفسير آيات الأحكام oleh Syeikh al-Allamah Mufassir Muhammad Ali al-Shobuni hafizahullah. Cetakan Pertama 1999 Darul Shobuni.
7. التبيان فى علوم القرآن - oleh Syeikh al-Allamah Mufassir Muhammad Ali al-Shobuni hafizahullah. Cetakan Kedua 2003 Darul Shobuni.
8. الإنصاف فى بيان أسباب الإختلاف - oleh Syeikh al-Allamah Waliyullah al-Dihlawi rahimahullah.Tahqiq oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah. Cetakan Pertama 1977 Darul Nafa’is.
9. أثر اختلاف المفسرين فى قواعد الأصولية اللغوية فى تفسير آيات الأحكام - oleh Dr. Muhammad Abdul Salam Abu Khuzaim. Cetakan 2008 Darul Yusri.
10. مجلة الشريعة و الدراسات الإسلامية - jilid 4,6,37, 43,49,56.
11. من روائع القرآن - oleh Syeikh al-Allamah Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buty. Cetakan Darul Farabi .
12. حقائق الإسلام فى مواجهة شبهات المشككين - oleh Jamaah Para Ulama al-Azhar. Keluaran Kementerian Keagamaan Mesir. Dibawah seliaan Dr Mahmud Hamdi Za’zuq.
13. دفع شبهات المفترين حول القرآن الكريم oleh Dr Jum’ah Ali Abdul Qadir. Cetakan Kuliyah Usuluddin al-Azhar al-Syarif.
14. مقالات الكوثري - oleh Syeikh al-Allamah Muhammad Zahid al-Kauthari rahimahullah. Cetakan Darul Salam.
15. ردود علماء المسلمين على شبهات الملحدين و المستشرقين - oleh Syeikh Muhammad Yasin. Cetakan Maktabah Iman .
16. الجامع لأحكام القرآن - oleh al-Allamah Imam al-Qurtubi rahimahullah. Cetakan Muassasah al-Risalah.
17. تفسير الشيخ شعراوى - oleh al-Imam Muhammad Mutawalli Sya’rawi rahimahullah.
12:55 AM 0 comments

testing

adsjakjsdadsasd